RSS Feed

Followers

I

Beberapa hari yang lalu aku terjumpa beberapa cd yang tersimpan dalam plastic cd holder.
Berhabuk. Lama sudah ku biarkan ia di atas meja, ditindih dengan cd-cd yang lain serta beberapa kertas.

Kebanyakan cd tersebut mengandungi lagu-lagu. Salah satu daripada cd tersebut tersimpan pictures kenangan zaman sekolah f4-f5. Aku tak pernah open cd yang berwarna ungu berjenama Pleomax itu, tak pernah terdetik akan keinginan untuk melihatnya.
Sudah 3 tahun lebih, zaman sekolah berakhir. Selama tempoh itulah, aku tak pernah lihat pictures dalam cd itu.

Mungkin sudah sampai seru, dan internet pun mengalami problem pada masa itu....maka aku rasa boring. Aku masukkan cd itu ke laptop.

Click open. Aku view pictures . Ada gambar kelas, ada gambar majlis graduasi, ada gambar annual dinner,ada video, dan macam-macam lagi. Gambar-gambar aku sendiri tidak banyak, kerana aku bukan orang yang minat bergambar.
Aku tengok setiap wajah rakan-rakan seperjuangan sambil cuba mengimbas memori. Timbul persoalan-persoalan....

Pernahkah aku jumpa orang ini?
Apa nama dia ?
Bagaimana dengan hidup mereka?

Banyak perkara yang aku tak ingat.

Aku copy pictures ke external hard disk , takut cd tersebut rosak suatu hari nanti. Ada juga backup.
Aku keluarkan cd pictures itu lalu diganti dengan cd yang ada lagu-lagu. Entah lagu apa di dalamnya.

Aku lihat tajuk-tajuk lagu.

Owh~
Sheila On 7. Lama aku tak dengar lagu-lagu mereka.




P/s : Hati aku dingin apatah lagi sekarang musim hujan. Memang dingin.

Sungguh malas.

1st...aku tak rancang nak tukar layout cool pun. Setakat kemampuan aku jadi la. Lebih tepat kalau aku cakap setakat kerajinan aku.

Aku delete entri lama kerana aku rasa entri2 tersebut macam tiada jiwa. Tiada soul, tiada feeling, macam entri kosong cakap entah apa2. Senang cakap terlalu fanatik pada suatu masa dulu (kira macam aku muda, jiwa mentah ) dengan blog, main cerita ntah pape.

Kata orang ( sumpah aku tak tahu siapa cakap ), kerajinan seseorang boleh dilihat pada hasil kerjanya.

Sila tengok blog ini, ada ciri-ciri menarik jiwa kalbu kamu? Sedap mata memandang pun dah kira ok la.

Macam tajuk di atas, aku memang sungguh malas nak berblog. Tiada sebab yang pasti, tiada seribu alasan dapat diberi. Kadang-kadang mahu buat blog baru, kerana aku ingin ada dua mungkin 3 atau lebih identiti.

Sekarang lebih suka habiskan masa bermain dengan anak saudara saya walaupun dia lelaki. Saya masih mahukan anak saudara perempuan.
Harap-harap abang sulung dengan kakak ipar dapat anak perempuan, kakak ipar pun dah disahkan mengandung. Syukur, rezeki lagi murah bila dapat anak .

Nak tunjuk-tunjuk gambar bayi pun, bukan hak milik aku.

Sabar.

Masih dalam proses ubahsuai.
Harap sabar.
Kalau anda perasan, saya telah delete sebahagian besar dari entri-entri lama saya atas sebab-sebab yang saya rasakan peribadi.

Sekian lama menanti.

Dah lama tak update blog ini.
Sibuk menghabiskan urusan sem 5,exam pun sudah selesai.
Bulan 12 sambung sem6 dengan praktikal di Puchong selama 4 bulan dan setengah
. Nanti penat dengan praktikal, adakah masa untuk layan blog ?
Habis praktikal harap-harap dapat terus kerja. Amin.

Sekarang cuti sebulan, ada masa untuk tengok-tengok blog ini. Sementara ada masa ni, aku nak tengok balik blog ini(entri2 lama,widget2,etc.) perlu ke tidak semua itu atau just kembali ke asal. Jadi sesimple mungkin dan delete entri-entri tertentu yang maybe kadang-kadang buat ku rasa macam aku bercakap sesuatu yang aku tak tahu @ rubbish talk.

Cerita part 3 untuk asrama sekolah dah ada draft. Tunggu masa untuk dipost je.

Lama tak update tak bermakna ku lupakan dunia blog. Blog memang menyoronokkan cuma masa tidak mengizinkan.

Tunggu dalam sehari dua, mungkin juga beberapa jam nanti ada update.
Terima kasih buat yang masih setia folow saya.

Cerita Asrama - Fly part 2

Ok dah masuk part 2.

Sila click"ini" untuk link part 1.

Sampai area padang.

"Okey jalan slow2 tengok line clear ke tak, takut ada warden round malam-malam ni.
Muaz ko jaga belakang. Rahimi ko tengok kiri kanan. Aku jaga depan." Kata Amy secara berbisik. Bising-bising nanti kena cekup.

"Jangan jalan tengah padang, kita jalan tepi bangunan asrama perempuan, cover ngan bayang2 bangunan."

*Penerangan lokasi mungkin agak sukar untuk kamu fahami. Jadi tengok gambar je la. Buat-buat nampak la ye. Boleh click untuk tengok pic besar.




So tengah 3 budak laki tu berjalan nak pergi ke pagar......tiba-tiba terdengar jeritan pelajar perempuan.

"Kejaaaaarrrr!!!!!"

3 orang lelaki tu berpaling belakang, tengok sekumpulan pelajar perempuan tengah lari beramai-ramai dalam 20-30 orang. Ada di antara mereka yang bersenjata kayu dan entah apa2 senjata.

3 budak laki ni apa lagi.........

"Lariiiiii!!!!"

Amy paling laju, tengah lari tu Amy jerit," woi korang ikut aku cepat....ikut je...lari..jangan berhenti."

Muaz dengan Rahimi yang tak berpengalaman fly memang dah panik gila. Dah tak dengar apa-apa dah. Lari sesuka hati je, tak peduli sekeliling dah.

Last-last masing-masing pecah, hilang entah ke mana dalam gelap yang tak berapa gelap sebab ada cahaya bulan penuh.
Romantik main kejar2 beramai-ramai malam buta kan?

"Aku cakap suruh ikut aku tak nak dengar. Lantak korang la, baik aku lari dulu."
Tengah sedap lari pecut, Amy toleh belakang.

"Mak aih!!! Perempuan mana pulak laju benar ni?

Tak jauh dari belakang Amy ada seorang perempuan yang leading perempuan2 lain. Lari pecut tak ingat dunia tapi nasib baik Amy lagi laju.
Siap bawa kayu dah macam lari berganti-ganti duk pegang baton.

Dalam proses berlari, Amy cuba flash back memory..........
"Hah! Baru aku ingat.....jangan2 ratu trek segala acara lari sekolah kot. Patut le laju benar. Tapi laju mana pun.....aku lagi laju. Muahahaha~."

Amy berlari sambil gelak. Kenapa gelak?
Sebab seronok. Excited yang teramat sangat. Rasa merbahaya yang memang best.


Bersambung lagi.....

Part 3 :
Adakah Amy, Rahimi dan Muaz dapat selamatkan diri atau mereka bakal dibelasah beramai-ramai oleh budak2 perempuan ?